Assalamualaikum ya MUSLIMIN n MUSLIMAT..


ISLAM ITU INDAH
Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia.
Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama.

Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.

Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.Oleh kerana itu, Allah SWT menurunkan agama kepada manusia supaya menjadi panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi.


Sekiranya Allah SWT tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.

Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan iman kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.Ada apa dengan Islam?... Ilmu yang Allah SWT anugerahkan pastinya sedikit.

Namun, daripada yang sedikit itulah, kita berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah SWT sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah SWT jua kita memohon taufik dan hidayah...




Tips Menghafal Quran Secara Part Time

Saturday, 5 September 2009



1. mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah

2. menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan(semakan bacaan)..ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat(kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

3. gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nye diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.

4. ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancakan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul..sebagai contoh nak hafal surah ali-imran...mulakan dari page yang first bg surah tersebut. lancarkan first page tu dulu.

5.bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul2 lancar.pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul2 lancar kerana ni akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru..

6. mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan ikut step. hafaz dahulu ayat yang first sehingga hafaz(baca ayat first berulang-ulang sebagai 1 cara menghafaz yg baik). then, barulah berpindah ke ayat yang kedua.. dah hafaz ayat ke 2 , ulang balik dari ayat yang first.then baru masuk ayat yg seterusya..

7. pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannye untuk anda tasmi' ( memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

8. amalkan membaca ayat2 yang telah anda hafaz dalam solat2 yang anda lakukan. banyakkan solat sunat gak sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat2 yang telah dihafaz.. ini bertujuan membiasakan ayat2 yang telah dihafaz ke dalam amalan harian anda.

9. amalkan membaca ayat2 Quran yang telah anda hafaz di mana2 sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati or mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika nak tidur, dan lain2 yang difikirkan baik.. ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat2 hafazan tersebut.

10. amalkan memakan manisan seperti kurma or madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan..

11. jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

12. tanamkan semngat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat2 tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin ayat... InsyaALLAH sehingga hafiz... walaupun memakan masa yang lama.

13. banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

14. pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu2 selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH or AFTER SUBUH kerana waktu ni tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

15. tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit2, asalkan istiqamah dan berkesan...

ALLAHU'ALAM...
" Sesungguhnya al Quran itu mudah untuk dipelajari"
( al-Qamar: 17,22,32,40)

TIPS asal oleh IMAM NAWAWI
selamat mencuba

0 comments:

quran

Listen to Quran